Tuesday, August 11, 2009

semester baru dah bermula




Semester baru dah pun bermula untuk sesi Julai 2009.Pelajar-pelajar lama dan baru telah pun mendaftar untuk sesi ini. Kami di Jpam pun agak sibuk menyiapkan fail mengajar. Dah lama rehat dari tugas mengajar, nampaknya kena lah warm up balik. hehehe Hmm... diharap semester ini semuanya berjalan lancar. Kepada staf baru, diharap dapat menempuhi dugaan dan banyak kan bersabar!.

Monday, June 29, 2009

In-house Training Course (26 June 2009)

Group discussion, peer- sharing.
Puan Noreen is reaching out to future test-makers!


Three Frogs and The Mosquito. Guess which is which?

TADAA! Our beautiful scenery masterpiece!
Shahafiza’s cow.
miss Saras is trying to decipher our funny drawings..

Kak Zaljiah must be drawing the lake..
Azlin is trying hard to get her railway drawn correctly! Pressure…pressure!
Lunch couldn’t get any better without these people! They just make us laugh…and laugh….

Kak Zaljiah, Mr. Zaid and Kak Nadiah with their questions-formation brainstorming session!

“It is by teaching that we teach ourselves, by relating that we observe, by affirming that we examine, by showing that we look, by writing that we think, by pumping that we draw water into the well.” -Henri Amiel, 1853.

Nothing gains from nothing. It is through the act of learning that we learn and discover. This was exceptionally true when the in-house training organized by the English Unit, held last week on the 26 June proved fruitful and insightful for the new English language lecturers.

Participated by 10 new lecturers, the training was divided into two sections. The first section entitled “Going Beyond the Text” was conducted by Miss Bala Saras while the second half of the training was taken over by Puan Noreen Kamaruddin with her slot entitled “Assessment and Evaluation”.

For the first half of the training, all of us went through a cycle of engaging materials and handouts showered. From discovering ourselves through the handout “Who Am I?” and a short sketch on “Three Little Frogs” to guessing the products from the slogans and more, we had the most unforgettable session of taking instructions for directions as all of us were made to draw on the board based on a set of instructions given. The whole event was hilarious as we put our drawing skills to test!

Next, the second half of the session continued after our lunch break. Puan Noreen gave all of us a perceptive insight into how evaluations can be done for our students. We had hands-on practice on questions formation where all the participants ended up challenging one another for the best formulated question.

The in-house training ended with the prize-giving ceremony for the course conductors and course-evaluation forms filled. All 10 of us had a remarkable 9 hours training where none of the minutes were left bored!

Apart from experiencing peer-coaching, we had a good time learning as well. The entire training did not only equip us with the necessary knowledge and information needed to enrich our teaching experience but mostly, all of us enjoyed taking part in the course as students and with this, we managed to visualize ourselves in the shoes of the students. This is something I personally felt edified as teaching and learning can be very effective once we, as educators learn to see things from the eyes of our learners.


Wednesday, June 17, 2009

welcome to Jpam


Walaupun, ramai rakan-rakan meninggalkan Jpam ;(
Kami tidak bersedih lagi kerana 6 orang baru datang menyerikan lagi Jpam.
Welcome to JPam!
Selamat datang kepada Cik Wan Hamizah, Encik Apandi, Cik Nor Ashikin, Puan Wan Nadiah, Cik Zaljiah dan juga Encik Zaid.
We all hope that you guys will be happy here. Again Welcome to Our tiny planet!

Monday, June 15, 2009

Goodbye lagi!


Bukan sahaja berita gembira yang kami terima, tetapi juga berita sedih.. Kami kehilangan 2 lagi warga kami iaitu Ustaz Kamaruddin dan juga Ustazah Rahimah. Mereka telah diarahkan untuk menjalankan tugas di tempat baru. Ini berupakan salah satu syarat untuk proses kenaikan pangkat.
Pada 12 Jun yang lalu, jamuan makan tengahari telah diadakan untuk merayakan kejayaan mereka dan juga sebagai tanda ingatkan kami atas jasa-jasa mereka selama bertugas di Psa.
Apa- apa pun tahniah dan semoga dapat menyesuaikan diri di tempat yang baru. Jangan lupakan kami disini, ada masa datanglah menjenguk kami!!

orang baru











Sekali lagi , kami di Jpam mendapat berita gembira. Ustazah Azlina selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat. Menurut kata Ustazah Azlina semuanya berjalan lancar dan yang penting semuanya selamat. Nama yang dipilih oleh pasangan ini ialah Muhammad Aniq. Tahniah!

Friday, May 22, 2009

Kematian / Sakaratul Maut.

Pada 15 Mei 2009, Ustazah Hasani telah menyampaikan tazkirah yang bertajuk Kematian / Sakaratul Maut. Rasa gerun dan insaf apabila kita memperkatakan tentang kematian. Kematian pasti datang, bila.... di mana.... bagaimana... itu semua adalah rahsia Allah yang tidak seorang pun mengetahuinya.

Dalam al-Quran Allah berfirman dalam surah An-Nisa':78 yang bermaksud: Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh... Setiap manusia pasti mati jika telah sampai masanya, ianya tidak dapat ditunda ataupun dicepatkan walaupun sesaat.


Sebab-sebab Su'ul Khatimah (Kesudahan yang tidak baik)


  1. Menunda-nunda untuk bertaubat. Sebagai manusia kita banyak melakukan kesalahan. Jika kita sedar kita telah melakukan dosa tak kiralah samada dosa kecil apatah lagi dosa besar, Allah menyuruh kita bersegera untuk bertaubat. Sebagaimana Firman Allah dalam surah An-Nur:31 yang bermaksud: Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan..
  2. Panjangnya angan-angan. Bercita-cita tinggi itu penting. Tetapi, terlalu banyak berangan-angan akan membuka ruang untuk syaitan memperdayakan kita. Syaitan menggalakkan kita untuk memasang angan-angan yang banyak seolah-olah kita mendapat jaminan mempunyai umur yang panjang untuk menjayakan angan-angan itu. Kadangkala apabila kita terlalu mengejar impian dan angan-angan, kita terleka dan terlupa tentang kematian.

7 Petunjuk Kebahagiaan Dunia.



  1. Hati yang selalu bersyukur
  2. Pasangan hidup yang soleh/solehah
  3. Memiliki anak yang soleh
  4. Lingkungan kondusif untuk iman (berada dalam suasana yng membolehkan kita menambah keimanan kita kepada Allah)
  5. Harta yang halal
  6. Semangat untuk memahami agama
  7. Umur yang berkat. (Semakin meningkat umur semakin hampir dengan Allah)

Semoga dengan mengingati kematian kita akan bersegera meminta keampunan daripada Allah dan bertaubat daripada dosa yang dilakukan.. semoga kita mendapat kesudahan yang baik dan berjaya mendapat syurga.. Amin...

Wednesday, May 13, 2009

Berkat Rezeki Kerana Sedekah

Tazkirah kita pada 8/5/2009 disampaikan oleh Ust. Junnaini Johan bertajuk Berkat Rezeki Kerana Sedekah. Marilah kita hayati kisah dibawah...



Kisah: Semasa Nabi Ayub sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman:"Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?" Nabi Ayub menjawab:"Ya benar, demi KeagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu". Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan Allah. Rezeki yang berkat walaupun sedikit akan dirasakan banyak dan mencukupi, sebaliknya harta yang banyak akan dirasakan sempit dan susah tanpa keberkatan.

Cara mendapatkan keberkatan Allah:
  1. Sentiasa bersyukur atas kurniaan Allah.
  2. Membelanjakan harta pada jalan yang diredhai Allah.
  3. Berusaha mendapatkan rezeki yang halal.
  4. Mengeluarkan sedekah wajib(zakat) dan memperbanyakkan sedekah sunat.
  5. Sekiranya mampu, bersedekahlah pada anak yatim/miskin pada setiap hari.
  6. Bersekah dengan ikhlas kerana Allah tanpa mengharapkan pujian dan sebagainya.
  7. Hulurkan pemberian/sedekah sunat secara rahsia. Manakala, sedekah wajib perlu diberi secara terang-terangan.
  8. Digalakkan memberi sesuatu yang kita sayangi sepertimana yang dianjurkan dalam konsep bersedekah.
  9. Mencari harta dunia untuk dijadikan bekalan di akhirat.
  10. Rezeki yang diberkati adalah dari hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli(perniagaan).
  11. Salurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Hadis Nabi bermaksud: "Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api." Sedekah walaupun sedikit amat berharga di sisi Allah. Allah akan membalas dan menggantikan setiap harta yang kita belanjakan di jalan Allah dengan harta yang lebih baik... Selamat bersedekah...








Tuesday, May 5, 2009

Kelebihan Al-Quran


Pada slot tazkirah yang lalu Ust. Normurni telah menyampaikan sebuah puisi yang bertajuk Bila al-Quran Mula Bersuara. Antara isi yang boleh diambil daripada puisi tersebut adalah:

  • Kita sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah dan RasulNya hendaklah menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup.
  • Kita dianjurkan untuk membaca al-Quran setiap hari agar kita mendapat syafaat yang besar di hari akhirat kelak. Baca majalah boleh pulak berjam-jam lamanya, tapi nak baca al-Quran sebaris ayat pun rasa lama
  • Mulakan kerja harian kita dengan lafaz suci al-Quran (Bismillah). Masa buat kerja asyik dengar radio dan muzik sahaja, apakata kita dengar ayat-ayat al-Quran sambil bekerja, dapat juga pahala..
  • Jangan jadikan al-Quran sebagai perhiasan, dijadikan barang hantaran tanpa dibaca atau hanya disimpan didalam laci.Rajin-rajinle baca al-Quran, jangan tunggu Ramadhan baru kita merangkak-rangkak membacanya... Kalau baca hari-hari mesti cepat lancarkan!

Teka-teki Rasulullah S.A.W:

Rasulullah S.A.W pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya; Siapakah antara kamu yang dapat khatam al-Quran dalam jangkamasa 2-3 minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk khatam al-Quran dengan begitu cepat. Kemudian, Saidina Ali mengangkat tangannya. Saidina Ummar bersuara kepada Saidina Ali bahawa Saidina Ali (yang masih kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya. Lantas Saidaina Ali membaca surah al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saidina Ali betul. Membaca surah al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab al-Quran. Jika membaca surah al-Ikhlas tiga kali maka khatamlah al-Quran (30 juzuk).

4 Perkara Sebelum Tidur:

Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah R.A : " Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara iaitu :


  1. Sebelum Khatam al-Quran

  2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhirat

  3. Sebelum para muslim meredhai kamu

  4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...
Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda: "Jika engkau tidur bacalah al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan al-Quran; bacalah selawat untukku dan para Nabi sebelumku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat; beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu; dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"



Riya' Mensia-siakan Amal

Tazkirah yang disampaikan oleh Us. Kamaruddin pada 17.4.09 adalah berkaitan dengan sifat mazmumah yang perlu dihindari iaitu Riya'. Tazkirah beliau bertajuk: Riya' Mensia-siakan Amal, Riya' merupakan perbuatan yang tercela dan dimurkai oleh Allah. Marilah kita ambil perhatian supaya kita tidak tergolong dalam kategori manusia yang riya'.

Dalil :
  • Firman Allah dalam surah al-Maa'uun 5-6 bermaksud: Yang mereka itu lalai dalam sembahyangnya. Lagi mereka itu riya'.
  • Hadis Nabi Muhammad S.A.W bermaksud: "Sesungguhnya serendah-rendah riya' adalah syirik."

Punca-punca Riya':
  • Melalui Tubuh : menunjuk-nunjuk terlalu banyak beramal (beribadat atau beramal depan orang ramai dengan tujuan/niat supaya orang nampak perbuatan baiknya)
  • Melalui pakaian : Memakai pakaian tertentu dengan tujuan biar orang tahu bahawa dia seorang yang kaya atau dia seorang yang alim.
  • Melalui ucapan : Cakap dengan kuat dengan tujuan biar orang lain tahu tentang kehebatan atau kelebihan dirinya.
  • Melalui perbuatan : Menunjuk-nunjuk perbuatan yang baik (Hanya jika ada orang yang nampak, kalau tiada orang lain tidak pula dilakukan perbuatan baik itu tadi...)

Penawar Bagi Riya' :

  • Mengetahui bahawa orang yang riya' tidak mendapat tempat/ kesudahan yang baik di hari akhirat melainkan mendapat seksaan.
  • Membiasakan diri untuk menyembunyikan amalan-amalan yang baik. (Orang lain tidak perlu tahu amalan-amalan sunat yang kita lakukan).

Tuesday, April 28, 2009

Muet Exam

Right after the convocation ceremony, the English Language lecturers had to rush to the Main hall again.
we have to make sure that all the tables and the chairs are enough for the students to sit for the exam which was held on Saturday 25th of April 2009

Though, we were all very tired, we managed to settle everything before 6 p.m. The situation was quite tense at the beginning however everything went smoothly after everybody took part.

A special thank to all especially to Puan Noreen ( our head of English language dept) Christina and Hani and also to all the juniors Faizah, Aina, Azlin and Yong Yong. Not to forget Saras too !
(i don't know that the ladies are all very strong and can work in style too.(movers in high heels, you know?! )congrats girls ! together we build muscles! ..hahahahhahaha)

this is what i meant by work in style!

the tables and chairs in the main hall.

Aina and hani sorting the stickers

Friday, April 24, 2009

Hari konvo

Pada 23 dan 24 April berlangsung hari konvokesyen ke 11 PSa. Upacara berlangsung di dewan besar PSA.
Seperti biasa, staf Jpam di beri tanggungjawab untuk menjadi penyambut tetamu di dewan.
Pelbagai kejadian dan masalah yang di hadapi, namum staf Jpam dapat mengatasi masalah dengan bijak.. (ehhehehehe biasa lah dah menjadi kebiasaan kami untuk menjadi penyambut tetamu majlis rasmi)
Staf Jpam nampak menarik dengan uniform batik warna biru pada hari pertama dan pada hari kedua batik bercorak buluh hehehehehehe.. hmmm !
Walaupun penat tetapi tetap tersenyum!! Mungkin di waktu akan datang, masalah kecil yang di hadapi pada hari konvo kali ini dapat di atasi dan tidak berulang lagi.

Yong, Nurli Aina dan Faizah
Pelapis baru penyambut tetapu JPam.

senyum walaupun penat.

Chris dan Noreen - dah expert jadi penyambut tetamu! hehehehe

Monday, April 20, 2009

new baby




Alhamdullilah,Rabiatul telah selamat melahirkan bayi lelaki di Klinik bersalin Umra yang terletak di Seksyen 13, shah alam. Nama pilihan mereka ialah Muhammad Rayyan Afiq. Semoga Rayyan membesar dengan cepat dan sihat!

Tuesday, April 14, 2009

orang baru



Sudah tentu Ustazah Hasani dan suami gembira dengan kedatangan orang baru dalam hidup mereka.
Bayi lelaki yang namanya Muhammad Haziq Haikal ini sihat dan comel lagi. Lahir pada 7 April 2009. Diharap dengan kedatangan Haziq dapat menceriakan lagi suasana dan semoga bertambah rezeki pasangan ini!

Monday, April 13, 2009

mari memasak

Demontrasi masakan di adakan di pantri Jpam , baru ini, Semua nya berkobar-kobar hendak mencuba cara masakan baru ini. Disamping di ajar resipi baru juga ada promosi periuk serbaguna. Nampaknya semakin rajin la , staff kita memasak selepas pulang dari kerja. Bukan sahaja masakan melayu malah masakan Itali seperti pizza. Ada juga resipi pastri seperti egg tarlet. Cara memasak yang ringkas dan mudah untuk disediakan.. hehemm, kepada yang dah beli periuk 'magic' tu, boleh la bawa sedikit untuk kami .. hhehehehehe.



Saturday, March 28, 2009

selamat datang ke Jpam

Kehadiran yang amat di nanti kan oleh warga Jpam terutama kami di bahagian bahasa inggeris. Setelah sekian lama kami tertunggu-tunggu akhirnya kami menerima 3 staf baru iaitu Aina, Azlin dan juga Rabiatul. heheheheh still remember Rabiatul? she used to be trainee from UIA, But this time she comes as a staff of Jpam.
so welcome to JPam , we are more than happy to have all of you here, if you need any advice or guidance , dont be shy to ask.and we hope all of you have a wonderful time here!

Friday, March 27, 2009

It's a Boy!!








Hari ini kami telah menerima satu berita gembira!!! . Puan Marziana telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat dan comel. Hazlina, Tini dan Ayu berkesempatan untuk melawat Puan Marziana di Selangor Medical Center.


Seronoknya!!, tengok kehadiran orang baru!! Alhamdulillah ,keadaan Pn Marziana dan baby barunya sihat. Baby baru ni dilahirkan lebih kurang pukul 8 pagi melalui pembedahan. Nampaknya ini memberi semangat kepada yang lain di Jpam untuk menambahkan lagi ahli dalam family..


ini gambar terbaru baby. Baru berusia 5 jam!

Saturday, March 21, 2009

baby girl pulak

Tak sampai sebulan , lahir lagi orang baru, kali ini baby girl pulak. Nama diberi Alisha Najwa. Alhamdullilah ibunya Shahafiza dan baby girl nya sihat. Shahafiza selamat melahirkan anak perempuan yang comel pada 20 Mac 2009 yang lalu.

Thursday, March 19, 2009

Teka teki Imam Ghazali

Takirah yang disampaikan oleh Us. Abdul Halim adalah berkenaan 6 teka-teki Imam Al-Ghazali yang sangat mashur. Teka-teki ini adalah berkaitan dengan kehidupan kita seharian. Marilah kita ambil perhatian...




  1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia?


  2. Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia?


  3. Apa yang paling besar di dunia?


  4. Apa yang paling berat di dunia?


  5. Apa yang paling ringan di dunia?


  6. Apa yang paling tajam di dunia?

Jawapan....



  1. Mati

  2. Masa yang telah lalu

  3. Nafsu

  4. Amanah

  5. Meninggalkan solat

  6. Lidah

Tuesday, March 3, 2009

Let's Learn English: office words

Dear friends... Look at the things on our table. They are stationery, but what is stationery?
Stationery is a word which means small items and tools that are used within the office. For example..A pen or pencil and more commonly used to describe writing paper or exercise books.
A few people have mentioned spelling of Sellotape. You will find that the word spelt with a 'C' instead of an 'S' is in common use also. The one with an 'S' is a brand name, similar to Scotch Tape
in the USA.Let's watch this video!

Monday, March 2, 2009

Pemakanan Seimbang dan Kecemerlangan Diri


Tazkirah Pemakanan Seimbang dan Kecemerlangan Diri disampaikan oleh Us. Nasharuddin pada 27.02.2009 (Beliau kini berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Pelajar berkuatkuasa 23.2.2009)


Islam menuntut umatnya untuk mengamalkan pemakan seimbang, berzat dan halal. Pemakanan seimbang dari segi gizi, halal dan haramnya akan membentuk sahsiah seseorang samada baik ataupun tidak.

Pengertian pemakanan yang seimbang dari sudut perubatan merujuk kepada tabiat makan yang baik. Dari sudut agama pula, pemakanan seimbang merujuk kepada sumber makanan halal/baik/berkhasiat.


Terdapat banyak dalil di dalam al-Quran berkaitan pemakanan seimbang antaranya dalam surah al-Maidah: 88 yang bermaksud: "Makanlah (makanan) yang halal lagi baik dari rezeki yang dikurniakan Allah kepadamu...". Dalam surah al-Baqarah:168 pula Allah berfirman yang bermaksud: "Hai manusia, makanlah apa-apa yang di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu".



Kepentingan Pemakanan Seimbang dan Halal:

  1. Melahirkan manusia yang sihat dari segi jasmani dan rohani
  2. Menjaga kenikmatan kesihatan adalah kewajipan bagi manusia

Faedah Pemakanan Seimbang/Baik:



  1. Tubuh sihat akan melahirkan minda yang cerdas dan produktif
  2. Pemakan yang seimbang mempunyai perkaitan dengan takwa dan kesyukuran kepada Allah

Kesan Pemakan Tidak Seimbang:

  1. Mencerminkan tabiat dan akhlak seseorang (akhlak yang teruk)
  2. Lemah akal
  3. Hati jadi gelap
  4. Tiada berkat
  5. Tiada rahmat
  6. Mendatangkan pelbagai jenis penyakit
  7. Menggalakkan pembaziran
  8. Penyelewengan.
Kewajipan Individu/Masyarakat Islam:



i- Mengenalpasti sumber makanan yang halal dan baik. (rujuk kepada piramid makanan)

ii- Memilih makanan yang tidak memudharatkan

iii- Menjaga kebersihan makanan

    iv- Menjauhi makanan syubhah

Sebagai umat Islam kita bertanggungjawab memastikan pemakanan adalah dari sumber yang halal. Pemakanan dari sumber yang haram merupakan salah satu doa kita tidak diperkenankan oleh Allah s.w.t. Semoga dengan tazkirah ini dapat membantu kita menjadi umat yang cemerlang dunia dan akhirat.