Monday, March 2, 2009

Pemakanan Seimbang dan Kecemerlangan Diri


Tazkirah Pemakanan Seimbang dan Kecemerlangan Diri disampaikan oleh Us. Nasharuddin pada 27.02.2009 (Beliau kini berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Pelajar berkuatkuasa 23.2.2009)


Islam menuntut umatnya untuk mengamalkan pemakan seimbang, berzat dan halal. Pemakanan seimbang dari segi gizi, halal dan haramnya akan membentuk sahsiah seseorang samada baik ataupun tidak.

Pengertian pemakanan yang seimbang dari sudut perubatan merujuk kepada tabiat makan yang baik. Dari sudut agama pula, pemakanan seimbang merujuk kepada sumber makanan halal/baik/berkhasiat.


Terdapat banyak dalil di dalam al-Quran berkaitan pemakanan seimbang antaranya dalam surah al-Maidah: 88 yang bermaksud: "Makanlah (makanan) yang halal lagi baik dari rezeki yang dikurniakan Allah kepadamu...". Dalam surah al-Baqarah:168 pula Allah berfirman yang bermaksud: "Hai manusia, makanlah apa-apa yang di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu".



Kepentingan Pemakanan Seimbang dan Halal:

  1. Melahirkan manusia yang sihat dari segi jasmani dan rohani
  2. Menjaga kenikmatan kesihatan adalah kewajipan bagi manusia

Faedah Pemakanan Seimbang/Baik:



  1. Tubuh sihat akan melahirkan minda yang cerdas dan produktif
  2. Pemakan yang seimbang mempunyai perkaitan dengan takwa dan kesyukuran kepada Allah

Kesan Pemakan Tidak Seimbang:

  1. Mencerminkan tabiat dan akhlak seseorang (akhlak yang teruk)
  2. Lemah akal
  3. Hati jadi gelap
  4. Tiada berkat
  5. Tiada rahmat
  6. Mendatangkan pelbagai jenis penyakit
  7. Menggalakkan pembaziran
  8. Penyelewengan.
Kewajipan Individu/Masyarakat Islam:



i- Mengenalpasti sumber makanan yang halal dan baik. (rujuk kepada piramid makanan)

ii- Memilih makanan yang tidak memudharatkan

iii- Menjaga kebersihan makanan

    iv- Menjauhi makanan syubhah

Sebagai umat Islam kita bertanggungjawab memastikan pemakanan adalah dari sumber yang halal. Pemakanan dari sumber yang haram merupakan salah satu doa kita tidak diperkenankan oleh Allah s.w.t. Semoga dengan tazkirah ini dapat membantu kita menjadi umat yang cemerlang dunia dan akhirat.

No comments: