Wednesday, May 13, 2009

Berkat Rezeki Kerana Sedekah

Tazkirah kita pada 8/5/2009 disampaikan oleh Ust. Junnaini Johan bertajuk Berkat Rezeki Kerana Sedekah. Marilah kita hayati kisah dibawah...



Kisah: Semasa Nabi Ayub sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman:"Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?" Nabi Ayub menjawab:"Ya benar, demi KeagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu". Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan Allah. Rezeki yang berkat walaupun sedikit akan dirasakan banyak dan mencukupi, sebaliknya harta yang banyak akan dirasakan sempit dan susah tanpa keberkatan.

Cara mendapatkan keberkatan Allah:
  1. Sentiasa bersyukur atas kurniaan Allah.
  2. Membelanjakan harta pada jalan yang diredhai Allah.
  3. Berusaha mendapatkan rezeki yang halal.
  4. Mengeluarkan sedekah wajib(zakat) dan memperbanyakkan sedekah sunat.
  5. Sekiranya mampu, bersedekahlah pada anak yatim/miskin pada setiap hari.
  6. Bersekah dengan ikhlas kerana Allah tanpa mengharapkan pujian dan sebagainya.
  7. Hulurkan pemberian/sedekah sunat secara rahsia. Manakala, sedekah wajib perlu diberi secara terang-terangan.
  8. Digalakkan memberi sesuatu yang kita sayangi sepertimana yang dianjurkan dalam konsep bersedekah.
  9. Mencari harta dunia untuk dijadikan bekalan di akhirat.
  10. Rezeki yang diberkati adalah dari hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli(perniagaan).
  11. Salurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Hadis Nabi bermaksud: "Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api." Sedekah walaupun sedikit amat berharga di sisi Allah. Allah akan membalas dan menggantikan setiap harta yang kita belanjakan di jalan Allah dengan harta yang lebih baik... Selamat bersedekah...








No comments: