Dalil :
- Firman Allah dalam surah al-Maa'uun 5-6 bermaksud: Yang mereka itu lalai dalam sembahyangnya. Lagi mereka itu riya'.
- Hadis Nabi Muhammad S.A.W bermaksud: "Sesungguhnya serendah-rendah riya' adalah syirik."
Punca-punca Riya':
- Melalui Tubuh : menunjuk-nunjuk terlalu banyak beramal (beribadat atau beramal depan orang ramai dengan tujuan/niat supaya orang nampak perbuatan baiknya)
- Melalui pakaian : Memakai pakaian tertentu dengan tujuan biar orang tahu bahawa dia seorang yang kaya atau dia seorang yang alim.
- Melalui ucapan : Cakap dengan kuat dengan tujuan biar orang lain tahu tentang kehebatan atau kelebihan dirinya.
- Melalui perbuatan : Menunjuk-nunjuk perbuatan yang baik (Hanya jika ada orang yang nampak, kalau tiada orang lain tidak pula dilakukan perbuatan baik itu tadi...)
Penawar Bagi Riya' :
- Mengetahui bahawa orang yang riya' tidak mendapat tempat/ kesudahan yang baik di hari akhirat melainkan mendapat seksaan.
- Membiasakan diri untuk menyembunyikan amalan-amalan yang baik. (Orang lain tidak perlu tahu amalan-amalan sunat yang kita lakukan).
No comments:
Post a Comment