Pada slot tazkirah yang lalu Ust. Normurni telah menyampaikan sebuah puisi yang bertajuk Bila al-Quran Mula Bersuara. Antara isi yang boleh diambil daripada puisi tersebut adalah:
- Kita sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah dan RasulNya hendaklah menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup.
- Kita dianjurkan untuk membaca al-Quran setiap hari agar kita mendapat syafaat yang besar di hari akhirat kelak. Baca majalah boleh pulak berjam-jam lamanya, tapi nak baca al-Quran sebaris ayat pun rasa lama
- Mulakan kerja harian kita dengan lafaz suci al-Quran (Bismillah). Masa buat kerja asyik dengar radio dan muzik sahaja, apakata kita dengar ayat-ayat al-Quran sambil bekerja, dapat juga pahala..
- Jangan jadikan al-Quran sebagai perhiasan, dijadikan barang hantaran tanpa dibaca atau hanya disimpan didalam laci.Rajin-rajinle baca al-Quran, jangan tunggu Ramadhan baru kita merangkak-rangkak membacanya... Kalau baca hari-hari mesti cepat lancarkan!
Teka-teki Rasulullah S.A.W:
Rasulullah S.A.W pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya; Siapakah antara kamu yang dapat khatam al-Quran dalam jangkamasa 2-3 minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk khatam al-Quran dengan begitu cepat. Kemudian, Saidina Ali mengangkat tangannya. Saidina Ummar bersuara kepada Saidina Ali bahawa Saidina Ali (yang masih kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya. Lantas Saidaina Ali membaca surah al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saidina Ali betul. Membaca surah al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab al-Quran. Jika membaca surah al-Ikhlas tiga kali maka khatamlah al-Quran (30 juzuk).
4 Perkara Sebelum Tidur:
Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah R.A : " Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara iaitu :
- Sebelum Khatam al-Quran
- Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhirat
- Sebelum para muslim meredhai kamu
- Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...
Rasul tersenyum dan bersabda: "Jika engkau tidur bacalah al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan al-Quran; bacalah selawat untukku dan para Nabi sebelumku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat; beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu; dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
No comments:
Post a Comment