Friday, May 22, 2009

Kematian / Sakaratul Maut.

Pada 15 Mei 2009, Ustazah Hasani telah menyampaikan tazkirah yang bertajuk Kematian / Sakaratul Maut. Rasa gerun dan insaf apabila kita memperkatakan tentang kematian. Kematian pasti datang, bila.... di mana.... bagaimana... itu semua adalah rahsia Allah yang tidak seorang pun mengetahuinya.

Dalam al-Quran Allah berfirman dalam surah An-Nisa':78 yang bermaksud: Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh... Setiap manusia pasti mati jika telah sampai masanya, ianya tidak dapat ditunda ataupun dicepatkan walaupun sesaat.


Sebab-sebab Su'ul Khatimah (Kesudahan yang tidak baik)


  1. Menunda-nunda untuk bertaubat. Sebagai manusia kita banyak melakukan kesalahan. Jika kita sedar kita telah melakukan dosa tak kiralah samada dosa kecil apatah lagi dosa besar, Allah menyuruh kita bersegera untuk bertaubat. Sebagaimana Firman Allah dalam surah An-Nur:31 yang bermaksud: Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan..
  2. Panjangnya angan-angan. Bercita-cita tinggi itu penting. Tetapi, terlalu banyak berangan-angan akan membuka ruang untuk syaitan memperdayakan kita. Syaitan menggalakkan kita untuk memasang angan-angan yang banyak seolah-olah kita mendapat jaminan mempunyai umur yang panjang untuk menjayakan angan-angan itu. Kadangkala apabila kita terlalu mengejar impian dan angan-angan, kita terleka dan terlupa tentang kematian.

7 Petunjuk Kebahagiaan Dunia.



  1. Hati yang selalu bersyukur
  2. Pasangan hidup yang soleh/solehah
  3. Memiliki anak yang soleh
  4. Lingkungan kondusif untuk iman (berada dalam suasana yng membolehkan kita menambah keimanan kita kepada Allah)
  5. Harta yang halal
  6. Semangat untuk memahami agama
  7. Umur yang berkat. (Semakin meningkat umur semakin hampir dengan Allah)

Semoga dengan mengingati kematian kita akan bersegera meminta keampunan daripada Allah dan bertaubat daripada dosa yang dilakukan.. semoga kita mendapat kesudahan yang baik dan berjaya mendapat syurga.. Amin...

Wednesday, May 13, 2009

Berkat Rezeki Kerana Sedekah

Tazkirah kita pada 8/5/2009 disampaikan oleh Ust. Junnaini Johan bertajuk Berkat Rezeki Kerana Sedekah. Marilah kita hayati kisah dibawah...



Kisah: Semasa Nabi Ayub sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman:"Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?" Nabi Ayub menjawab:"Ya benar, demi KeagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu". Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan Allah. Rezeki yang berkat walaupun sedikit akan dirasakan banyak dan mencukupi, sebaliknya harta yang banyak akan dirasakan sempit dan susah tanpa keberkatan.

Cara mendapatkan keberkatan Allah:
  1. Sentiasa bersyukur atas kurniaan Allah.
  2. Membelanjakan harta pada jalan yang diredhai Allah.
  3. Berusaha mendapatkan rezeki yang halal.
  4. Mengeluarkan sedekah wajib(zakat) dan memperbanyakkan sedekah sunat.
  5. Sekiranya mampu, bersedekahlah pada anak yatim/miskin pada setiap hari.
  6. Bersekah dengan ikhlas kerana Allah tanpa mengharapkan pujian dan sebagainya.
  7. Hulurkan pemberian/sedekah sunat secara rahsia. Manakala, sedekah wajib perlu diberi secara terang-terangan.
  8. Digalakkan memberi sesuatu yang kita sayangi sepertimana yang dianjurkan dalam konsep bersedekah.
  9. Mencari harta dunia untuk dijadikan bekalan di akhirat.
  10. Rezeki yang diberkati adalah dari hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli(perniagaan).
  11. Salurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Hadis Nabi bermaksud: "Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api." Sedekah walaupun sedikit amat berharga di sisi Allah. Allah akan membalas dan menggantikan setiap harta yang kita belanjakan di jalan Allah dengan harta yang lebih baik... Selamat bersedekah...








Tuesday, May 5, 2009

Kelebihan Al-Quran


Pada slot tazkirah yang lalu Ust. Normurni telah menyampaikan sebuah puisi yang bertajuk Bila al-Quran Mula Bersuara. Antara isi yang boleh diambil daripada puisi tersebut adalah:

  • Kita sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah dan RasulNya hendaklah menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup.
  • Kita dianjurkan untuk membaca al-Quran setiap hari agar kita mendapat syafaat yang besar di hari akhirat kelak. Baca majalah boleh pulak berjam-jam lamanya, tapi nak baca al-Quran sebaris ayat pun rasa lama
  • Mulakan kerja harian kita dengan lafaz suci al-Quran (Bismillah). Masa buat kerja asyik dengar radio dan muzik sahaja, apakata kita dengar ayat-ayat al-Quran sambil bekerja, dapat juga pahala..
  • Jangan jadikan al-Quran sebagai perhiasan, dijadikan barang hantaran tanpa dibaca atau hanya disimpan didalam laci.Rajin-rajinle baca al-Quran, jangan tunggu Ramadhan baru kita merangkak-rangkak membacanya... Kalau baca hari-hari mesti cepat lancarkan!

Teka-teki Rasulullah S.A.W:

Rasulullah S.A.W pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya; Siapakah antara kamu yang dapat khatam al-Quran dalam jangkamasa 2-3 minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk khatam al-Quran dengan begitu cepat. Kemudian, Saidina Ali mengangkat tangannya. Saidina Ummar bersuara kepada Saidina Ali bahawa Saidina Ali (yang masih kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya. Lantas Saidaina Ali membaca surah al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saidina Ali betul. Membaca surah al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab al-Quran. Jika membaca surah al-Ikhlas tiga kali maka khatamlah al-Quran (30 juzuk).

4 Perkara Sebelum Tidur:

Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah R.A : " Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara iaitu :


  1. Sebelum Khatam al-Quran

  2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhirat

  3. Sebelum para muslim meredhai kamu

  4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...
Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda: "Jika engkau tidur bacalah al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan al-Quran; bacalah selawat untukku dan para Nabi sebelumku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat; beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu; dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"



Riya' Mensia-siakan Amal

Tazkirah yang disampaikan oleh Us. Kamaruddin pada 17.4.09 adalah berkaitan dengan sifat mazmumah yang perlu dihindari iaitu Riya'. Tazkirah beliau bertajuk: Riya' Mensia-siakan Amal, Riya' merupakan perbuatan yang tercela dan dimurkai oleh Allah. Marilah kita ambil perhatian supaya kita tidak tergolong dalam kategori manusia yang riya'.

Dalil :
  • Firman Allah dalam surah al-Maa'uun 5-6 bermaksud: Yang mereka itu lalai dalam sembahyangnya. Lagi mereka itu riya'.
  • Hadis Nabi Muhammad S.A.W bermaksud: "Sesungguhnya serendah-rendah riya' adalah syirik."

Punca-punca Riya':
  • Melalui Tubuh : menunjuk-nunjuk terlalu banyak beramal (beribadat atau beramal depan orang ramai dengan tujuan/niat supaya orang nampak perbuatan baiknya)
  • Melalui pakaian : Memakai pakaian tertentu dengan tujuan biar orang tahu bahawa dia seorang yang kaya atau dia seorang yang alim.
  • Melalui ucapan : Cakap dengan kuat dengan tujuan biar orang lain tahu tentang kehebatan atau kelebihan dirinya.
  • Melalui perbuatan : Menunjuk-nunjuk perbuatan yang baik (Hanya jika ada orang yang nampak, kalau tiada orang lain tidak pula dilakukan perbuatan baik itu tadi...)

Penawar Bagi Riya' :

  • Mengetahui bahawa orang yang riya' tidak mendapat tempat/ kesudahan yang baik di hari akhirat melainkan mendapat seksaan.
  • Membiasakan diri untuk menyembunyikan amalan-amalan yang baik. (Orang lain tidak perlu tahu amalan-amalan sunat yang kita lakukan).