Tuesday, February 10, 2009

banjir


Sejak kebelakangan ini, hujan boleh dikatakan turun hampir setiap petang.Bila tiba hujan , kami di Jpam mula lah risau dengan keadaan di kawasan parking. Terutama kawasan parking di barisan belakang ( berhampiran dengan Food Court). Kadang-kadang air naik dengan cepat sekali, tak sempat kami nak tunggu hujan reda, air dah mulai tinggi ( hampir masuk kedalam kereta).
Kesian pada Ustazah Azmah, pada banjir yang lepas, air masuk ke dalam kereta beliau. Mungkin Ustazah Azmah tidak tahu keadaan di sini ( beliau baru je melaporkan diri ke PSA).
Bukan itu sahaja , kadang-kadang hujan turun tanpa 'warning', kebanyakan kami ada kelas pada waktu petang. Ini menyukarkan kami untuk mengubah kereta ke tempat yang lebih selamat.
Diharapkan perkara ini dapat diatasi kerana terlalu kerap untuk kami mengubah kereta bila hujan tiba di PSA.

No comments: