Pens and Quills of JPam
Tuesday, October 26, 2010
ada yang belanja lunch!!
Tuesday, August 11, 2009
semester baru dah bermula
Semester baru dah pun bermula untuk sesi Julai 2009.Pelajar-pelajar lama dan baru telah pun mendaftar untuk sesi ini. Kami di Jpam pun agak sibuk menyiapkan fail mengajar. Dah lama rehat dari tugas mengajar, nampaknya kena lah warm up balik. hehehe Hmm... diharap semester ini semuanya berjalan lancar. Kepada staf baru, diharap dapat menempuhi dugaan dan banyak kan bersabar!.
Monday, June 29, 2009
In-house Training Course (26 June 2009)
Puan Noreen is reaching out to future test-makers!
Shahafiza’s cow.
miss Saras is trying to decipher our funny drawings..
Azlin is trying hard to get her railway drawn correctly! Pressure…pressure!
Kak Zaljiah, Mr. Zaid and Kak Nadiah with their questions-formation brainstorming session!
“It is by teaching that we teach ourselves, by relating that we observe, by affirming that we examine, by showing that we look, by writing that we think, by pumping that we draw water into the well.” -Henri Amiel, 1853.
Nothing gains from nothing. It is through the act of learning that we learn and discover. This was exceptionally true when the in-house training organized by the English Unit, held last week on the 26 June proved fruitful and insightful for the new English language lecturers.
Participated by 10 new lecturers, the training was divided into two sections. The first section entitled “Going Beyond the Text” was conducted by Miss Bala Saras while the second half of the training was taken over by Puan Noreen Kamaruddin with her slot entitled “Assessment and Evaluation”.
For the first half of the training, all of us went through a cycle of engaging materials and handouts showered. From discovering ourselves through the handout “Who Am I?” and a short sketch on “Three Little Frogs” to guessing the products from the slogans and more, we had the most unforgettable session of taking instructions for directions as all of us were made to draw on the board based on a set of instructions given. The whole event was hilarious as we put our drawing skills to test!
Next, the second half of the session continued after our lunch break. Puan Noreen gave all of us a perceptive insight into how evaluations can be done for our students. We had hands-on practice on questions formation where all the participants ended up challenging one another for the best formulated question.
The in-house training ended with the prize-giving ceremony for the course conductors and course-evaluation forms filled. All 10 of us had a remarkable 9 hours training where none of the minutes were left bored!
Apart from experiencing peer-coaching, we had a good time learning as well. The entire training did not only equip us with the necessary knowledge and information needed to enrich our teaching experience but mostly, all of us enjoyed taking part in the course as students and with this, we managed to visualize ourselves in the shoes of the students. This is something I personally felt edified as teaching and learning can be very effective once we, as educators learn to see things from the eyes of our learners.
Wednesday, June 17, 2009
welcome to Jpam
Walaupun, ramai rakan-rakan meninggalkan Jpam ;(
Kami tidak bersedih lagi kerana 6 orang baru datang menyerikan lagi Jpam.
Welcome to JPam!
Selamat datang kepada Cik Wan Hamizah, Encik Apandi, Cik Nor Ashikin, Puan Wan Nadiah, Cik Zaljiah dan juga Encik Zaid.
We all hope that you guys will be happy here. Again Welcome to Our tiny planet!
Monday, June 15, 2009
Goodbye lagi!
Bukan sahaja berita gembira yang kami terima, tetapi juga berita sedih.. Kami kehilangan 2 lagi warga kami iaitu Ustaz Kamaruddin dan juga Ustazah Rahimah. Mereka telah diarahkan untuk menjalankan tugas di tempat baru. Ini berupakan salah satu syarat untuk proses kenaikan pangkat.
Pada 12 Jun yang lalu, jamuan makan tengahari telah diadakan untuk merayakan kejayaan mereka dan juga sebagai tanda ingatkan kami atas jasa-jasa mereka selama bertugas di Psa.
Apa- apa pun tahniah dan semoga dapat menyesuaikan diri di tempat yang baru. Jangan lupakan kami disini, ada masa datanglah menjenguk kami!!
orang baru
Friday, May 22, 2009
Kematian / Sakaratul Maut.
Dalam al-Quran Allah berfirman dalam surah An-Nisa':78 yang bermaksud: Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh... Setiap manusia pasti mati jika telah sampai masanya, ianya tidak dapat ditunda ataupun dicepatkan walaupun sesaat.
Sebab-sebab Su'ul Khatimah (Kesudahan yang tidak baik)
- Menunda-nunda untuk bertaubat. Sebagai manusia kita banyak melakukan kesalahan. Jika kita sedar kita telah melakukan dosa tak kiralah samada dosa kecil apatah lagi dosa besar, Allah menyuruh kita bersegera untuk bertaubat. Sebagaimana Firman Allah dalam surah An-Nur:31 yang bermaksud: Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan..
- Panjangnya angan-angan. Bercita-cita tinggi itu penting. Tetapi, terlalu banyak berangan-angan akan membuka ruang untuk syaitan memperdayakan kita. Syaitan menggalakkan kita untuk memasang angan-angan yang banyak seolah-olah kita mendapat jaminan mempunyai umur yang panjang untuk menjayakan angan-angan itu. Kadangkala apabila kita terlalu mengejar impian dan angan-angan, kita terleka dan terlupa tentang kematian.
- Hati yang selalu bersyukur
- Pasangan hidup yang soleh/solehah
- Memiliki anak yang soleh
- Lingkungan kondusif untuk iman (berada dalam suasana yng membolehkan kita menambah keimanan kita kepada Allah)
- Harta yang halal
- Semangat untuk memahami agama
- Umur yang berkat. (Semakin meningkat umur semakin hampir dengan Allah)
Semoga dengan mengingati kematian kita akan bersegera meminta keampunan daripada Allah dan bertaubat daripada dosa yang dilakukan.. semoga kita mendapat kesudahan yang baik dan berjaya mendapat syurga.. Amin...
Wednesday, May 13, 2009
Berkat Rezeki Kerana Sedekah
- Sentiasa bersyukur atas kurniaan Allah.
- Membelanjakan harta pada jalan yang diredhai Allah.
- Berusaha mendapatkan rezeki yang halal.
- Mengeluarkan sedekah wajib(zakat) dan memperbanyakkan sedekah sunat.
- Sekiranya mampu, bersedekahlah pada anak yatim/miskin pada setiap hari.
- Bersekah dengan ikhlas kerana Allah tanpa mengharapkan pujian dan sebagainya.
- Hulurkan pemberian/sedekah sunat secara rahsia. Manakala, sedekah wajib perlu diberi secara terang-terangan.
- Digalakkan memberi sesuatu yang kita sayangi sepertimana yang dianjurkan dalam konsep bersedekah.
- Mencari harta dunia untuk dijadikan bekalan di akhirat.
- Rezeki yang diberkati adalah dari hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli(perniagaan).
- Salurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.
Hadis Nabi bermaksud: "Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api." Sedekah walaupun sedikit amat berharga di sisi Allah. Allah akan membalas dan menggantikan setiap harta yang kita belanjakan di jalan Allah dengan harta yang lebih baik... Selamat bersedekah...
Tuesday, May 5, 2009
Kelebihan Al-Quran
Pada slot tazkirah yang lalu Ust. Normurni telah menyampaikan sebuah puisi yang bertajuk Bila al-Quran Mula Bersuara. Antara isi yang boleh diambil daripada puisi tersebut adalah:
- Kita sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah dan RasulNya hendaklah menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup.
- Kita dianjurkan untuk membaca al-Quran setiap hari agar kita mendapat syafaat yang besar di hari akhirat kelak. Baca majalah boleh pulak berjam-jam lamanya, tapi nak baca al-Quran sebaris ayat pun rasa lama
- Mulakan kerja harian kita dengan lafaz suci al-Quran (Bismillah). Masa buat kerja asyik dengar radio dan muzik sahaja, apakata kita dengar ayat-ayat al-Quran sambil bekerja, dapat juga pahala..
- Jangan jadikan al-Quran sebagai perhiasan, dijadikan barang hantaran tanpa dibaca atau hanya disimpan didalam laci.Rajin-rajinle baca al-Quran, jangan tunggu Ramadhan baru kita merangkak-rangkak membacanya... Kalau baca hari-hari mesti cepat lancarkan!
Teka-teki Rasulullah S.A.W:
Rasulullah S.A.W pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya; Siapakah antara kamu yang dapat khatam al-Quran dalam jangkamasa 2-3 minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk khatam al-Quran dengan begitu cepat. Kemudian, Saidina Ali mengangkat tangannya. Saidina Ummar bersuara kepada Saidina Ali bahawa Saidina Ali (yang masih kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya. Lantas Saidaina Ali membaca surah al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saidina Ali betul. Membaca surah al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab al-Quran. Jika membaca surah al-Ikhlas tiga kali maka khatamlah al-Quran (30 juzuk).
4 Perkara Sebelum Tidur:
Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah R.A : " Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara iaitu :
- Sebelum Khatam al-Quran
- Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhirat
- Sebelum para muslim meredhai kamu
- Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...
Rasul tersenyum dan bersabda: "Jika engkau tidur bacalah al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan al-Quran; bacalah selawat untukku dan para Nabi sebelumku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat; beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu; dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Riya' Mensia-siakan Amal
Dalil :
- Firman Allah dalam surah al-Maa'uun 5-6 bermaksud: Yang mereka itu lalai dalam sembahyangnya. Lagi mereka itu riya'.
- Hadis Nabi Muhammad S.A.W bermaksud: "Sesungguhnya serendah-rendah riya' adalah syirik."
Punca-punca Riya':
- Melalui Tubuh : menunjuk-nunjuk terlalu banyak beramal (beribadat atau beramal depan orang ramai dengan tujuan/niat supaya orang nampak perbuatan baiknya)
- Melalui pakaian : Memakai pakaian tertentu dengan tujuan biar orang tahu bahawa dia seorang yang kaya atau dia seorang yang alim.
- Melalui ucapan : Cakap dengan kuat dengan tujuan biar orang lain tahu tentang kehebatan atau kelebihan dirinya.
- Melalui perbuatan : Menunjuk-nunjuk perbuatan yang baik (Hanya jika ada orang yang nampak, kalau tiada orang lain tidak pula dilakukan perbuatan baik itu tadi...)
Penawar Bagi Riya' :
- Mengetahui bahawa orang yang riya' tidak mendapat tempat/ kesudahan yang baik di hari akhirat melainkan mendapat seksaan.
- Membiasakan diri untuk menyembunyikan amalan-amalan yang baik. (Orang lain tidak perlu tahu amalan-amalan sunat yang kita lakukan).