Saturday, March 28, 2009

selamat datang ke Jpam

Kehadiran yang amat di nanti kan oleh warga Jpam terutama kami di bahagian bahasa inggeris. Setelah sekian lama kami tertunggu-tunggu akhirnya kami menerima 3 staf baru iaitu Aina, Azlin dan juga Rabiatul. heheheheh still remember Rabiatul? she used to be trainee from UIA, But this time she comes as a staff of Jpam.
so welcome to JPam , we are more than happy to have all of you here, if you need any advice or guidance , dont be shy to ask.and we hope all of you have a wonderful time here!

Friday, March 27, 2009

It's a Boy!!








Hari ini kami telah menerima satu berita gembira!!! . Puan Marziana telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat dan comel. Hazlina, Tini dan Ayu berkesempatan untuk melawat Puan Marziana di Selangor Medical Center.


Seronoknya!!, tengok kehadiran orang baru!! Alhamdulillah ,keadaan Pn Marziana dan baby barunya sihat. Baby baru ni dilahirkan lebih kurang pukul 8 pagi melalui pembedahan. Nampaknya ini memberi semangat kepada yang lain di Jpam untuk menambahkan lagi ahli dalam family..


ini gambar terbaru baby. Baru berusia 5 jam!

Saturday, March 21, 2009

baby girl pulak

Tak sampai sebulan , lahir lagi orang baru, kali ini baby girl pulak. Nama diberi Alisha Najwa. Alhamdullilah ibunya Shahafiza dan baby girl nya sihat. Shahafiza selamat melahirkan anak perempuan yang comel pada 20 Mac 2009 yang lalu.

Thursday, March 19, 2009

Teka teki Imam Ghazali

Takirah yang disampaikan oleh Us. Abdul Halim adalah berkenaan 6 teka-teki Imam Al-Ghazali yang sangat mashur. Teka-teki ini adalah berkaitan dengan kehidupan kita seharian. Marilah kita ambil perhatian...




  1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia?


  2. Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia?


  3. Apa yang paling besar di dunia?


  4. Apa yang paling berat di dunia?


  5. Apa yang paling ringan di dunia?


  6. Apa yang paling tajam di dunia?

Jawapan....



  1. Mati

  2. Masa yang telah lalu

  3. Nafsu

  4. Amanah

  5. Meninggalkan solat

  6. Lidah

Tuesday, March 3, 2009

Let's Learn English: office words

Dear friends... Look at the things on our table. They are stationery, but what is stationery?
Stationery is a word which means small items and tools that are used within the office. For example..A pen or pencil and more commonly used to describe writing paper or exercise books.
A few people have mentioned spelling of Sellotape. You will find that the word spelt with a 'C' instead of an 'S' is in common use also. The one with an 'S' is a brand name, similar to Scotch Tape
in the USA.Let's watch this video!

Monday, March 2, 2009

Pemakanan Seimbang dan Kecemerlangan Diri


Tazkirah Pemakanan Seimbang dan Kecemerlangan Diri disampaikan oleh Us. Nasharuddin pada 27.02.2009 (Beliau kini berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Pelajar berkuatkuasa 23.2.2009)


Islam menuntut umatnya untuk mengamalkan pemakan seimbang, berzat dan halal. Pemakanan seimbang dari segi gizi, halal dan haramnya akan membentuk sahsiah seseorang samada baik ataupun tidak.

Pengertian pemakanan yang seimbang dari sudut perubatan merujuk kepada tabiat makan yang baik. Dari sudut agama pula, pemakanan seimbang merujuk kepada sumber makanan halal/baik/berkhasiat.


Terdapat banyak dalil di dalam al-Quran berkaitan pemakanan seimbang antaranya dalam surah al-Maidah: 88 yang bermaksud: "Makanlah (makanan) yang halal lagi baik dari rezeki yang dikurniakan Allah kepadamu...". Dalam surah al-Baqarah:168 pula Allah berfirman yang bermaksud: "Hai manusia, makanlah apa-apa yang di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu".



Kepentingan Pemakanan Seimbang dan Halal:

  1. Melahirkan manusia yang sihat dari segi jasmani dan rohani
  2. Menjaga kenikmatan kesihatan adalah kewajipan bagi manusia

Faedah Pemakanan Seimbang/Baik:



  1. Tubuh sihat akan melahirkan minda yang cerdas dan produktif
  2. Pemakan yang seimbang mempunyai perkaitan dengan takwa dan kesyukuran kepada Allah

Kesan Pemakan Tidak Seimbang:

  1. Mencerminkan tabiat dan akhlak seseorang (akhlak yang teruk)
  2. Lemah akal
  3. Hati jadi gelap
  4. Tiada berkat
  5. Tiada rahmat
  6. Mendatangkan pelbagai jenis penyakit
  7. Menggalakkan pembaziran
  8. Penyelewengan.
Kewajipan Individu/Masyarakat Islam:



i- Mengenalpasti sumber makanan yang halal dan baik. (rujuk kepada piramid makanan)

ii- Memilih makanan yang tidak memudharatkan

iii- Menjaga kebersihan makanan

    iv- Menjauhi makanan syubhah

Sebagai umat Islam kita bertanggungjawab memastikan pemakanan adalah dari sumber yang halal. Pemakanan dari sumber yang haram merupakan salah satu doa kita tidak diperkenankan oleh Allah s.w.t. Semoga dengan tazkirah ini dapat membantu kita menjadi umat yang cemerlang dunia dan akhirat.